Itinerary Percutian 3 Hari di Padang | Tasik Kembar Tour 2 Malam di Bukittinggi

Valid: 20 Desember 2024

Hari Pertama: Setibanya di Lapangan Terbang Minangkabau pada waktu pagi, anda akan dijemput dan memulakan lawatan bandar Padang. Destinasi pertama adalah Mesjid Raya Sumbar yang megah, diikuti oleh Pantai Padang yang menawarkan pemandangan indah laut. Seterusnya, anda akan dibawa ke Sitinjau Laut, sebuah jalan ekstrem yang menawarkan panorama kota Padang yang menakjubkan.

Selepas makan tengahari, perjalanan diteruskan ke Tasik Kembar (Danau atas dan bawah) dan Kebun Teh Alahan Panjang yang sejuk dan damai. Tidak ketinggalan, anda akan melawat Tasik Singkarak, tempat terkenal dengan ikan bilisnya. Hari pertama diakhiri dengan makan malam di Bukittinggi dan daftar masuk ke hotel untuk bermalam.

Hari Kedua: Selepas sarapan, perjalanan menuju ke Batusangkar untuk melawat Istana Pagaruyung, sebuah istana bersejarah yang penuh dengan budaya Minangkabau. Makan tengahari akan disediakan sebelum meneruskan perjalanan ke Nagari Pariangan, salah satu kampung terindah di dunia. Anda juga akan melawat Desa Pandai Sikek yang terkenal dengan tenunan songket dan kerajinan tangan.

Setibanya di Bukittinggi, anda akan menikmati Bika Talago yang enak dan mengunjungi Panorama Baru untuk pemandangan bandar yang menakjubkan. Hari ini diakhiri dengan lawatan ke Jam Gadang, ikon Bukittinggi, diikuti dengan makan malam dan kembali ke hotel.

Hari Ketiga: Pagi ini adalah masa bebas untuk anda bersiar-siar di Pasar Atas, tempat yang sempurna untuk membeli oleh-oleh seperti tenun songket dan keripik balado. Selepas membeli-belah, anda akan dibawa menuju ke Lembah Anai yang indah. Makan tengahari disediakan sebelum perjalanan kembali ke lapangan terbang untuk penerbangan pada waktu petang, menandakan tamatnya lawatan yang penuh kenangan ini.

Catatan: Penerbangan wajib tiba pada waktu pagi dan kembali pada waktu petang di Lapangan Terbang Minangkabau.