Valid: 20 Desember 2024
Hari Pertama: Sambutan Hangat dan Keindahan Alam
Setibanya di Lapangan Terbang Minangkabau pada waktu pagi, anda akan dijemput dan terus bergerak menuju ke Painan di Pesisir Selatan. Dari dermaga, anda akan menaiki bot menuju ke Pulau Mandeh, sebuah destinasi indah yang dikenali sebagai Raja Ampat Sumatera. Lawatan diteruskan ke Pulau Sutan dan Pulau Sironjong, di mana anda boleh menikmati aktiviti snorkeling dan cliff jumping. Selepas itu, anda akan dibawa ke Hutan Mangrove Sungai Gemuruh, sebelum menikmati makan tengahari di pulau. Menjelang petang, anda akan kembali ke dermaga dan bergerak ke Padang melalui Sungai Nyalo, sambil menikmati pemandangan indah matahari terbenam di sepanjang pantai. Hari pertama diakhiri dengan makan malam di Padang dan daftar masuk ke hotel untuk bermalam.
Hari Kedua: Menjelajahi Keindahan Kota Padang dan Bukittinggi
Mulakan hari kedua dengan city tour di Kota Padang, melawat Pantai Padang, Mesjid Raya Sumatera Barat, dan Kota Tua yang bersejarah. Jembatan Siti Nurbaya menawarkan pemandangan yang mempesona sebelum kita berangkat ke Lembah Anai untuk menikmati pemandangan air terjun yang indah. Selepas makan siang, kita akan melanjutkan perjalanan ke Nagari Pariangan, salah satu desa terindah di dunia. Jelajahi kemegahan Istana Pagaruyung sebelum menikmati makan malam dan check-in di hotel di Bukittinggi.
Hari Ketiga: Menikmati Bukittinggi dan Persiapan Pulang
Hari terakhir kita dimulai dengan city tour di Bukittinggi, termasuk lawatan ke Ngarai Sianok dan Lobang Jepang yang bersejarah. Jam Gadang, ikon Bukittinggi, akan menjadi destinasi berikutnya, diikuti dengan kesempatan untuk shopping di Pasar Atas. Jangan lupa membeli oleh-oleh khas di Umi sebelum kita makan siang bersama. Akhirnya, kami akan mengantar anda kembali ke lapangan terbang untuk mengakhiri perjalanan yang tidak terlupakan ini.
Menawarkan pakej pelancongan terbaik di Sumatera Barat dengan pengalaman unik, perkhidmatan profesional, dan destinasi menakjubkan.